Makluman

Makluman

Penarafan Pembestarian Sekolah Menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) Tahun 2016


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat rujukan KP (BTP-PPSB8817/3/4 Jld 3 (24) bertarikh 27 Mei 2016 adalah berkaitan.

 Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) setiap tahun untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi pengukurtahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program pembestarian sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-economy).

 Penarafan ini akan dilaksanakan secara dalam talian mulai 15 Julai hingga 30 Ogos 2016.

Sila klik link di bawah:

MUAT TURUN TATACARA LOG MASUK DAN PENGISIAN

LOG MASUK KE SSQS 2016



Instrumen Penilaian PSS Peringkat Kebangsaan 2016

sila klik Pop-out dan muat turun:

Sila klik link di bawah untuk muat turun bahan :
BAHAN MBMMBI 2010-2014 UNTUK PENDIDIKAN

PUSAT AKSES SEKOLAH(PuAS)


Pusat Akses Sekolah(PuAS) merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat. Pusat Akses mengamalkan konsep ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. 

Ia merupakan satu ruang pembelajaran kendiri (self learning).Pembelajaran di Pusat Akses boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.Pusat Akses memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan mempertingkatkan mutu pendidikan kearah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat.


MATLAMAT 

Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid

OBJEKTIF

Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat
Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendir, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan
Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran


PANDUAN PUSAT AKSES SEKOLAH

Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk :

Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid
Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat.
Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.
Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran

Pengurusan dan Pentadbiran

Pihak pentadbiran sekolah sebagai pelaksana hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah:

Merancang, merangka dan melaksanakan dasar penubuhan Pusat Akses Sekolah
Memantau pelaksanaan program dan aktiviti yang berkaitan dengan Pusat Akses Sekolah
Memastikan semua aspek keselamatan Pusat Akses Sekolah diutamakan

PUSAT AKSES SEKOLAH DI KAWASAN PKG AIR ITAM
  1. SK PADANG TEMBAK
  2. SK SERI INDAH
  3. SK AYER ITAM
  4. KV BATU LANCHANG
  5. SMT TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
  6. SMKA AL-MAASHOR(L)




Pusat Sumber Sekolah (PSS)


Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dasar Pengurusan Pusat Sumber Sekolah diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

Strategi Pelaksanaan Dasar PSS adalah seperti berikut:
Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang sesuai dan memenuhi fungsi dan peranannya.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang menepati piawai dan terkini.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan dengan cekap dan berkesan sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media yang menepati syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan dalam pekeliling semasa.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah sentiasa meningkatkan usaha untuk melaksanakan aktiviti penggalakan membaca dan literasi maklumat dalam meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

Objektif PSS:
Menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai format bagi membolehkan semua warga sekolah menjadi pengguna maklumat yang efektif dan pemikir yang kritis
Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab, adil dan saksama kepada semua warga sekolah
Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pembacaan, literasi maklumat, pembelajaran, penyelesaian masalah dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Melahirkan individu bestari yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

Peranan PSS:


  • Pusat Ilmu
  • Pusat Penemuan
  • Pusat Pengajaran dan Pembelajaran
  • Pusat Pengajaran
  • Pusat Profesional
  • Pusat Hubungan Masyarakat



Fungsi PSS:
Merancang dan mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini yang selaras dengan keperluan kurikulum dan memenuhi keperluan warga sekolah.
Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan individu atau kumpulan.
Memberi panduan dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian, penghasilan dan penggunaan maklumat.
Menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi.
Menjalin perkongsian pintar dan rangkaian strategik dengan pelbagai agensi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.


PKG juga dari masa kesemasa akan memantau dan juga menjalankan khidmat bantu PSS yang memerlukan bantuan.

Bengkel Khidmat Bantu PSS SMK Georgetown

Bengkel Khidmat Bantu PSS SMK Georgetown berlangsung dari 1 sehingga 3 Mac 2016 jam 8 pagi hingga 5 petang. Tujuan khidmat bantu adalah berfokuskan kepada segi fizikal dan pengurusan PSS sekolah berkenaan. Seramai 9 orang Pegawai Teknologi Pendidikan daripada PKG Air Itam, PKG Balik Pulau, PKG Tanjung Bunga, PKG Dato' Keramat, PKG Gelugor, PKG Bayan Lepas dan PKG Kelawai, Manakala seorang guru iaitu Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dan 3 orang guru dari sekolah tuan rumah mengambil bahagian dalam bengkel kali ini. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan jaya atas kerjasama pihak sekolah dan GPM.