Aktiviti Bulan Jun Dan Julai 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Bengkel NILAM untuk guru yang baru memegang jawatan Guru NILAM telah diadakan pada 30 Jun 2010. Bengkel ini telah diadakan di PKG Kelawai dan disertai oleh guru-guru NILAM baru dari kawasan pulau.

Bengkel i-NILAM pula telah diadakan pada 8 Julai 2010 juga di PKG Kelawai. Ia disertai oleh Guru NILAM dan GPM dari semua sekolah PKG Air Itam. Sehingga hari ini(16 Julai 2010) 22 buah sekolah telah siap memuat naik data SMM. Terimakasih kepada semua yang telah siap SMM dan mula mengisi data NILAM. Kalau ada masalah boleh 'helo-helo' PKG, kawan-kawan dari sekolah lain atau fasilitator kita En. Ahmad Fauzi bin Komari.

Baru-baru ini juga telah diadakan khidmat bantu ICT di SK Batu Lanchang iaitu pada 8 dan 9 Julai. Ia telah dijalankan oleh Juruteknik-juruteknik Komputer dari semua PKG kawasan pulau. Terimakasih kepada semua yang terlibat termasuk En Marzuki(PTP1 PKG Bayan Lepas). Aktiviti ini akan diteruskan di sekolah-sekolah PKG lain pula.

Terimakasih juga kepada semua yang telah menyiapkan pengisian data SPPICTS kali kedua. Kutipan kali ketiga mengikut jadual ialah pada bulan September.