Audit PKG Pulau Pinang 2017




Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah menjalankan Audit PKG untuk tahun 2017 di PKG Air Itam pada 6 September (Rabu) yang lalu. Pemantauan ke atas semua PKG adalah berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa EKSA Bil.1/2017 mengikut prosedur yang telah ditetapkan dalam instrumen generik EKSA.

Aspek yang dipantau ialah pegurusan/pentadbiran, program/aktiviti, fizikal dan pengurusan Pusat Sumber PKG. Pasukan Audit PKG 2017 terdiri daripada Encik Abdul Ghafar bin Kadir (Ketua Audit), Encik Abdul Rahman bin Hassan (Setiausaha), Encik Mohd Dazrin bin Danial, Encik Ismail bin Muhammad dan Puan Nor Laila binti Mohamed Sawai.

Terima kasih diucapkan kepada Pasukan Audit PKG 2017 atas kerjasama dan tunjuk ajar yang telah diberikan.