KHIDMAT BANTU PSS SMK TUNKU PUAN HABSAH





Khidmat Bantu PSS SMK Tunku Puan Habsah telah diadakan pada  Selasa 7 November 2017. Khidmat bantu ini melibatkan 3 orang Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG Air Itam, PKG Gelugor dan PKG Tanjung Bunga dan GPM SMK Tunku Puan Habsah. Bengkel tersebut bermula dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang.

Tujuan khidmat bantu ini dijalankan ialah untuk meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah secara keseluruhan khususnya dalam bidang pengurusan bahan dan sistem pentadbiran di samping dapat meningkatkan kualiti pengurusan PSS khasnya sistem fail PSS dan sistem rangkaian sumber PSS.