Bengkel Pemantapan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Tahun 2017







       Bengkel Pemantapan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Tahun 2017 telah diadakan pada 18 Januari 2018 bertempat di SJKC Union. Bengkel tersebut bermula pada pukul 8:00 pagi.Bengkel Pemantapan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Tahun 2017 merupakan anjuran bersama antara PKG Zon Pulau. Peserta bengkel ini terdiri dari Pengetua/Guru Besar serta GPM dari SMJK Convent Datuk Keramat, SMJK Heng Ee, SMJK Perempuan Cina, SJKC Perempuan Cina, SJKC Chung Hwa A, SJKC Chung Hwa B, SJKT Rajaji dan SK Tan Sri Awang Had Salleh.

      Objektif utama penganjuran bengkel tersebut ialah untuk memberi pendedahan kepada pihak pentadbir dan GPM yang tercalon untuk Anugerah PSS tentang pengurusan dan pentadbiran PSS.  Antara pengisian bengkel tersebut ialah perkongsian maklumat tentang pengurusan dan pentadbiran PSS dari perspektif seorang pentadbir dan juga GPM yang telah disampaikan oleh Guru Besar dan GPM SJKC Union . SJKC Union merupakan juara kebangsaan APSS bagi tahun 2016.