MESYUARAT PENYELARASAN GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM) PKG DAERAH TIMUR LAUT DAN BARAT DAYA BIL.1/2018










Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Guru Perpustakaan dan Media (GPM) PKG Daerah Timur Laut dan Barat Daya telah diadakan pada 27 Februari 2018 (Selasa) di Dewan SMKA (P) Al-Mashoor. Mesyuarat tersebut bermula pada jam 2.00 petang. 
                  Antara pengisian Mesyuarat  Penyelarasan GPM Wa pada sesi pertama  ialah ucapan oleh wakil  Pegawai Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNPP, Encik Ahmad Fadil bin Ahmad. Para hadirin juga turut mendengar taklimat berkaitan pusat sumber sekolah dan  pembentangan laporan aktiviti anjuran PKG Zon Pulau bagi tahun 2017.
                        Sesi kedua mesyuarat berlangsung di kelas yang telah ditetapkan untuk setiap PKG. Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Guru Perpustakaan dan Media (GPM) pada sesi kedua ini dipengerusikan oleh pengerusi  bagi PKG masing-masing.