MESYUARAT PENYELARASAN JKPA PKG DAERAH TIMUR LAUT BIL.1/2018






 



                  Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti (JKPA) PKG Daerah Timur Laut telah diadakan pada 26 Februari 2018 (Isnin) di Dewan SMKA (P) Al-Mashoor. Mesyuarat tersebut bermula pada jam 2.00 petang. 
                  Antara pengisian Mesyuarat  Penyelarasan JKPA pada sesi pertama  ialah ucapan oleh  Pegawai PPD Timur Laut, Encik Mohamad bin Abdul Samat, diikuti oleh ucapan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, JPPP, Encik Suhaimi bin Saidin. Penyerahan watikah pelantikan Pengerusi JKPA  bagi lima PKG Daerah Timur Laut telah disempurnakan oleh Encik Suhaimi bin Saidin. Para hadirin juga turut mendengar taklimat dan  pembentangan laporan aktiviti anjuran PKG Zon Pulau bagi tahun 2017.
                        Sesi kedua mesyuarat berlangsung di kelas yang telah ditetapkan untuk setiap PKG. Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti (JKPA) pada sesi kedua ini dipengerusikan oleh Pengerusi JKPA PKG masing-masing.