LAWATAN PENANDA ARAS PSS CEMERLANG SJKC UNION







                Pada 21 Mei 2018, Pusat Kegiatan Guru telah menganjurkan Lawatan Penanda Aras ke PSS Cemerlang SJKC Union. Lawatan bermula pada pukul 8 pagi. Seramai 21 orang Guru Perpustakaan dan Media menyertai lawatan ini. SJKC Union merupakan Johan peringkat Kebangsaan bagi Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Tahun 2017.

Aktiviti pertama ialah sesi taklimat dan perkongsian ilmu oleh Guru Besar SJKC Union. Beliau berkongsi pengalaman, kejayaan dan tips pengurusan PSS cemerlang. Kemudian, aktiviti diteruskan lagi dengan lawatan ke PSS SJKC Union. GPM SJKC Union turut memberi penerangan dan berkongsi ilmu serta pengalaman tentang pengurusan fail dan fizikal PSS. Sesi soal jawabb juga turut dijalankan. GPM kawasan PKGAI juga turut berkesempatan untuk melihat fail-fail pengurusan PSS SJKC Union.

Setelah selesai mendengar  taklimat, GPM telah dibawa melawat ke bilik-bilik khas sekitar kawasan sekolah.