BENGKEL PEMANTAPAN PEMILIHAN TOKOH NILAM SEKOLAH KAWASAN PKG AIR ITAM





Bengkel Pemantapan Pemilihan Tokoh NILAM Sekolah Kawasan PKG Air Itam telah diadakan pada 10 April 2019 (Rabu). Bengkel tersebut bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Air Itam, bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga pukul 4.30 petang.

Penceramah Bengkel Pemantapan Pemilihan Tokoh NILAM Sekolah Kawasan PKG Air Itam ialah Cik Nurhafiza Binti Habib Rahman dari PKG Butterworth. Beliau merupakan pegawai yang berpengalaman mengiringi calon tokoh NILAM negeri Pulau Pinang  ke  pertandingan peringkat kebangsaan pada setiap tahun pertandingan tersebut diadakan.

Objektif utama penganjuran bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada Guru NILAM tentang kriteria calon yang sesuai untuk dipilih sebagai calon Tokoh NILAM di peringkat sekolah masing-masing. Guru NILAM juga turut didedahkan dengan format terkini pemilihan Tokoh NILAM.