BENGKEL PENGENALAN DAN INSTALASI CHROMIXIUM OS




Bengkel Pengenalan dan Instalasi Chromixium OS telah dijalankan pada 11 April 2019 (Khamis), bertempat di PKG Air Itam.  Bengkel tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Penceramah dan fasilitator bengkel tersebut terdiri daripada PPTM PKG Tanjung Bunga, PKG Datuk Keramat, PKG Air Itam dan Sekolah Kebangsaan Ayer Itam.

Peserta ditunjukkan cara instalasi Chromixium Os dan sesi menginstalasi OS tersebut untuk netbook masing-masing. Diharapkan inisiatif  ini dapat memberi manfaat di samping membantu pihak  sekolah meningkatkan penggunaan VLE dalam sesi PDPc di sekolah.