BENGKEL PROGRAM SOKONGAN PENTADBIR SEKOLAH UNTUK TRANSFORMASI SEKOLAH BERPUSATKAN MURID MELALUI VLE






                                                        Galeri gambar, klik di sini

Bengkel LASSI (Learn, Apply, Support, Share and Innovate)  ialah Bengkel Program Sokongan Pentadbir Sekolah Untuk Transformasi Sekolah Berpusatkan Murid melalui VLE.

Bengkel ini telah diadakan pada 17 April 2019 (Rabu) bertempat di Pusat Kegiatan Guru Tanjung Bunga. Bengkel ini bermula pada pukul 2.00 petang. Penceramah untuk bengkel ini ialah Cik Keshini Malar, Consultant Frog Asia Sdn. Bhd

Peserta bengkel ini terdiri daripada kumpulan pentadbir sekolah iaitu Pengetua/Guru Besar /Penolong Kanan  /Guru Kanan Matapelajaran. 

Matlamat LASSI ialah menyokong pentadbir sekolah dalam menjalakan transformasi sekolah melalui teknologi secara mudah, berstrategik dan efektif.

Terdapat pelbagai manfaat LASSI kepada pentadbir sekolah. Antaranya ialah membantu pembudayaan VLE dalam kalangan warga sekolah, terdapat pelbagai pakej program yang tersedia, membantu kemenjadian murid melalui VLE dan mampu menjadikan pentadbir sebagai pentadbir yang wajar dicontohi.