Kutipan Data NILAM Bil:2/2009

Salam sejahtera, Salam Satu Malaysia.

Seperti yang telah dilakukan setiap tahun, data NILAM perlu dihantar ke PKG untuk tindakan selanjutnya. Surat telah dikeluarkan ke sekolah-sekolah oleh BTPNPP yang menyatakan bahawa tarikh akhir penghantaran data kali kedua untuk tahun ini adalah pada 06/11/09. Data juga boleh di hantar melalui blog PKGAI ini seperti yang lepas-lepas.

Kerjasama dari pihak tuan-tuan dan puan-puan adalah sangat diharapkan dan didahului dengan ucapan terimakasih.

30/10/2009

p/s: Selepas submit berjaya, refresh page untuk semakan.

Mesyuarat Penyelarasan Gerak Gempur Penyenggaraan Peralatan ICT

Assalamualaikum...

Mesyuarat tersebut akan dilaksanakan berdasarkan butiran berikut :

Tarikh : 14 Ogos 2009 ( Jumaat )
Masa : 8.00 pagi - 4 petang
Tempat : PKG Kelawai, 77 Jalan Macalister, Georgetown, Pulau Pinang.

Penglibatan :

1) Semua Pegawai Teknologi Pendidikan 1 kawasan Pulau, Pulau Pinang.
2) Semua Juruteknik Komputer PKG kawasan Pulau, Pulau Pinang.
3) Semua Juruteknik Komputer Sekolah kawasan Pulau, Pulau Pinang.

Surat panggilan telah dikeluarkan pada 12 Ogos 2009

Harap maklum

KUTIPAN DATA NILAM

KUTIPAN DATA NILAM PERTENGAHAN TAHUN BERAKHIR 31 MEI 2009

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA UNIT PUSAT SUMBER PENDIDIKAN BTPN PULAU PINANG DALAM PROSES MENGUMPULKAN DATA ProNILAM PERTENGAHAN TAHUN UTK PENYELARASAN DALAM KUTIPAN DATA MENGIKUT PROGRAM ProNILAM.

DIHARAP,PIHAK SEKOLAH DAPAT MENGHANTAR DATA NILAM JANUARI HINGGA 31 MEI 2009 MELALUI BLOG INI ATAU DALAM BENTUK SOFTCOPY(DISKET) KEPADA PUSAT KEGIATAN GURU AIR ITAM SEBELUM ATAU PADA 19 JUN 2009