Aktiviti Bulan Jun Dan Julai 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Bengkel NILAM untuk guru yang baru memegang jawatan Guru NILAM telah diadakan pada 30 Jun 2010. Bengkel ini telah diadakan di PKG Kelawai dan disertai oleh guru-guru NILAM baru dari kawasan pulau.

Bengkel i-NILAM pula telah diadakan pada 8 Julai 2010 juga di PKG Kelawai. Ia disertai oleh Guru NILAM dan GPM dari semua sekolah PKG Air Itam. Sehingga hari ini(16 Julai 2010) 22 buah sekolah telah siap memuat naik data SMM. Terimakasih kepada semua yang telah siap SMM dan mula mengisi data NILAM. Kalau ada masalah boleh 'helo-helo' PKG, kawan-kawan dari sekolah lain atau fasilitator kita En. Ahmad Fauzi bin Komari.

Baru-baru ini juga telah diadakan khidmat bantu ICT di SK Batu Lanchang iaitu pada 8 dan 9 Julai. Ia telah dijalankan oleh Juruteknik-juruteknik Komputer dari semua PKG kawasan pulau. Terimakasih kepada semua yang terlibat termasuk En Marzuki(PTP1 PKG Bayan Lepas). Aktiviti ini akan diteruskan di sekolah-sekolah PKG lain pula.

Terimakasih juga kepada semua yang telah menyiapkan pengisian data SPPICTS kali kedua. Kutipan kali ketiga mengikut jadual ialah pada bulan September.


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Perhatian kepada GPM dan Guru NILAM.

Kutipan data NILAM tengah tahun (seperti tahun-tahun yang lepas) dihantar mulai 1 Jun samada melalui blog ini atau disket. Pada tahun ini sepatutnya data juga diisi secara online(i-NILAM) dan melibatkan GPM, Guru Data, Guru NILAM dan PK HEM. Manual cara pengisian ada di laman iQ-PSS (website Tarantula).

Terima kasih kepada yang telah sempurnakan pengisian iQ-PSS. Syabas juga kepada yang proaktif dan telah mula mengisi i-NILAM. Bagi yang belum, langkah pertama ialah GPM perlu mendaftarkan guru-guru yang disebut di atas dan seterusnya ikut lah manual. Guru NILAM perlu mengisi data bacaan murid 2009 dan disahkan oleh PK HEM sebelum boleh mengisi data tahun 2010.

Saya berharap agar cikgu-cikgu dapat menjalankan kedua-dua program ini walau mungkin merasa terbeban dengannya. PRONILAM yang kita jalankan selama ini 'mungkin' tidak akan digunakan lagi mulai tahun depan dan hanya i-NILAM yang akan digunakan.

Terima kasih juga kepada mereka yang telah menyempurnakan kutipan data SPPICTS bil. 1/2010. Kutipan bil. 2/2010 akan bermula tidak lama lagi.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

03/06/10

Bengkel Keratan Akhbar


Aktiviti bulan Februari

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Bengkel Keratan Akhbar telah selamat dijalankan pada 24 dan 25 Februari 2010, jam 2 hingga 5 petang di PKG Gelugor. Peserta terdiri daripada semua GPM sekolah-sekolah dalam kawasan PKG Air Itam. Semua peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi semasa menjalankan aktiviti dan mendapat pujian dari fasilitator. Semoga apa yang telah dipelajari dan 'dibengkelkan' dapat dijalankan di sekolah masing-masing.

Saya mengucapkan syabas dan terimakasih kepada semua peserta. Ucapan terimakasih juga kepada Encik Azman(Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Gelugor) yang telah mengendalikan bengkel tersebut. Tidak lupa juga ucapan terimakasih kepada Encik Fahmi(PT) dan Encik Khairul(FT merangkap 'cameraman') PKG Gelugor atas kerjasama yang telah diberikan.

Tentang SPPICTS pula, guru ICT perlu mengisinya di URL:http://ssqs.moe.edu.my hanya pada masa-masa berikut:

kutipan pertama: 21 Mac hingga 09 April 2010
kutipan kedua: 20 Jun hingga 09 Julai 2010
kutipan ketiga: 19 Sept hingga 08 Okt 2010

Kod organisasi: kod sekolah
Katalaluan: 123 (bagi yang tidak menukarnya)

Jumpa lagi di lain masa.

Aktiviti bulan Januari


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Terimakasih kepada yang telah hadir ke mesyuarat penyelarasan GPM dan guru ICT/Bestari pada 21 Januari(GPM) dan 28 Januari(ICT/Bestari)2010 di PKG Gelugor. Terimakasih juga kepada 'tuan rumah' yang telah menyediakan tempat yang selesa.

Untuk GPM satu bengkel 'keratan akhbar' akan diadakan pada 24 dan 25 Februari ini(2 hingga 5 ptg). Surat panggilan akan dihantar selepas Tahun Baru Cina nanti.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Pejam, celik, pejam, celik, dah tahun 2010. Berbagai pengalaman kita tempuhi yang sepatutnya membuatkan kita menjadi manusia yang lebih baik. Kerja kita yang kita akan ulangi tahun ini(e.g: PSS, NILAM, Pusat Akses) juga sepatutnya menjadi lebih baik dan lancar. Bersedia untuk pemantauan dan 'update' lah data NILAM.

Bagi yang baru menjadi ahli PKG AI(bertukar sekolah), saya ucapkan selamat datang dan semoga dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya bersama rakan-rakan setugas dan 'bos' baru. Bagi yang baru melibatkan diri dengan PSS(jadi GPM) akan ada kursus asas PSS yang perlu dihadiri dan bagi yang dah hadir kursus asas, mungkin ada kursus lanjutan.

Untuk makluman semua, astro akan 'dihidupkan' semula dengan program Kampus Astro. Sekolah akan dibekalkan dengan 'complete set' bermula hujung Januari ini. Sekolah tidak perlu membayar apa-apa caj. Sekolah sepatutnya telah dapat surat tentang ini. GPM akan dipanggil untuk taklimat/bengkel nanti.

Anyway, semoga kita dapat menjalankan tugas-tugas kita dengan sebaik mungkin. Jangan 'tension-tension'. Be happy. 'Jenguk-jenguklah' PKG AI untuk baca atau pinjam buku. Mungkin ada yang sesuai untuk bacaan atau 'assignment'.

Best wishes.

Azlan Bin Aziz.
Pegawai Teknologi Pendidikan PKG AI